Sunday, 11 December 2016

Rosulullah Muhammad, Contoh Terbaik Sepanjang Zaman

PortalRenungan.



بسم الله الرحمن الرحيم

```Bila aku tak suka pada rasa makananku, aku teringat pada baginda Muhammad yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar```

```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺyang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya```

```Bila aku merasa tidak nyaman akan tempat pembaringan ku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺyang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya```

```Apabila aku menjadi begitu kikir untuk memberi dan berbagi dengan orang lain.., aku teringat pada baginda Muhammad ﷺyang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya```

```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺyang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku```

```Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺyang senantiasa memaafkan sesiapa saja yg berbuat jahat padanya```

```Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺyang senantiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

```Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺyang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

```Bila tiada orang yang  menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu``

```Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..., aku teringat pada Baginda Muhammad ﷺyang menempuh segala kesulitan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & itu bagai cas positif yang menguatkan aku !```

Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah

Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman. Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah Muhammad s.a.w.

اللهم صل على محمد وآل محمد

Ebook Mendidik Anak Sholeh
Untuk pemesanan bisa langsung klik disini

No comments:

Post a Comment